DOA HARI GURU 2010M/1431H

DOA HARI GURU 2010M/1431H
 DOA Untuk Hari guru 
Sebenarnya guru sama orang tua itu sama
makaya kita harus menghormati guru seperti menghormati orang tua kita
 bayak- banyak lah berdua untuk kedua orang tua dan guru kita 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. َوالْعَافِيَةُ ِللْمُتَّقِيْنَ. وَلاَ عُدْوَانَ ِإلاَ عَلَى وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّين َوَعَلَى آلِهِ َوَأصْحَاِبهِ َأجْمَعِيْنَ. الظَّلِمِيْنَ
Segala puji hanya untuk-Mu Ya Allah, selawat dan salam atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kepada sekalian keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sekelian.
Bersempena  dengan Sambutan Hari Guru yang penuh keberkatan  ini. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu ya Allah kerana mengizinkan kami meraikan Hari Guru bagi tahun 2010m/1431H dengan tema “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Ya Allah, ya Rahim wa ya Ghaffar,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Kami menadah tangan dengan penuh keinsafan dan kehambaan, memohon keampunan kehadratMu, agar Engkau ampunkan  dosa-dosa kami dan dosa guru-guru kami samada yang masih hidup atau yang telah kembali kepangkuanMu.  Limpahkanlah taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru kami agar sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan inayahMu. Kurniakan mereka rezeki yang luas, keimanan yang teguh, ketaqwaan yang tinggi serta kebaikan di dunia dan di akhirat. Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata. Berkatilah segala rezeki yang telah Engkau curahkan kepada mereka dan berikanlah keberkatan kepada ahli keluarga serta zuriat keturunan mereka.
Ya Rahman ya Rahim,
Anugerahkanlah kesihatan, kesejahteraan, keikhlasan, kekuatan  dan kecekalan  kepada para pendidik. Jadikanlah mereka para guru yang berdaya saing dalam mendidik dan mengasuh kami, para pelajar SMK Kota Kemuning. Kami juga memohon kehadratMu Ya Allah, agar hasrat dan cita-cita kami dapat menjadi model Insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan tercapai dengan berkat usaha gigih guru-guru kami.
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya
Ya Allah, Ya Fatah, 

Anugerahkanlah guru-guru kami sifat sentiasa berlapang dada menerima dan menjalankan tugas membangunkan anak bangsa. Tanamkan semangat keikhlasan dan kejujuran di kalangan mereka dan balaslah segala kejujuran dan keikhlasan ini dengan ganjaran yang tinggi di dunia dan akhirat.
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini juga, kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta 

DOA HARI GURU 2010M/1431H


Label atas

CONTOH SURAT LAMARAN